Tuesday, October 13, 2009

cerita untuk sebulan

salams,
nampaknya my last post was in august.. hehehe.. that means it has been more than a month i did not update my blog.. tak de alasan untuk diberi... sendiri mau ingat la kan.. itu la akibatnya jika diri ini tak pandai nak menulis, tak pandai nak menyusun ayat dan tak pandai nak meluahkan kata-kata.. hehehe..

sebulan lebih ek.. terlalu banyak peristiwa yang berlaku.. menempuh bulan puasa, menempuh bulan raya, kerja, anak2...

anyway.. aku akan cite kan la sket2.. mana yang nak diceritakan.. bulan posa tahun ni.. cam tahun2 lepas jugak.. tapi kira ok jugak la.. sebab kebanyakan hari kami sempat sampai rumah dan berbuka dirumah.. tapi sempat2 pun.. bebetul nak maghrib la jugak sampainya.. anak aku yg 2 orang tu.. alhamdulillah berjaya berpuasa.. walaupun tak cukup 29 hari.. harith dapat 28 hari dan Irfan 27 hari.. ok la tu kan.. dari maknya ni ha.. hehehe.. diorang tak puasa pun sebab demam masa awal2 ari tu..

cukup posa sebulan.. kami pun beraya.. hehehe.. cam orang lain jugak la kan.. kali ni beraya di Kodiang, Kedah. Kami balik hari Sabtu pagi dalam pukul 2pg kami keluar rumah dari shah alam tu.. sungguh memenatkan sebab jalan jem. setiap kali nak melalui R&R, pasti pergerakan kenderaan yang ada cam semut.. bila dah lepas baru ok.. so.. boleh imagine la berapa kali R&R dari KL nak ke Utara nu... so kami sampai Kodiang dalam pukul 10pg.. aduhhh... konon2 nak balik malam tu.. leh la dapat diskaun 20% tu.. sebab diskaun tu in between 12am till 7 am.. dek kerana kami kuar dari hiway tu lam kul 9 lebih.. mmg confirm tak dapat la diskaun tu.. huhuhu..

as for raya.. cam biasa gak seperti tahun2 sebelumnya.. tapi yg harunya.. aku tak sempat siapkan baju raya anak2 dara ku.. kesian diorang.. sib baik tak berapa paham lagi.. heheh.. aku pakaikan diorang baju raya tahun lepas.. sedeh sebenarnya.. tapi nak buat camne.. tukang jahit amatur in de house.. tu pun tang leher tak sompek lagi nak jahit.. agaknya raya haji la kot leh pakai.. so hari lain pun cam biasa lah.. pi ziarah sana sini.. dan kami pulang ke KL hari Khamis..

satu la kenangan balik raya kali ni.. was aku pi ziarah kawan UUM yg lepas grad tak penah jumpa.. so aku carik balik umah mak dia.. and aku berjaya dapatkan no tepon dia.. so dapat la aku gi jumpa dia.. heheh..

so, hari kamis kami pun bertolak dari kodiang.. waktu tu dah petang gak la.. so budget sampai JAWI/Nibong Tebal lewat petang.. kononnya nak singgah umah akak aku kat nibong tebal tu.. namun rupanya akak aku and family dia dok beraya kat sg petani lagi tak balik2.. so kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Merah Lake town Resort la.. ape lagi.. tido la situ 1 malam.. mandi kolam pun kat apartment tu je.. tak ke mana2 pun.. dan lepas check out.. kami teruskan perjalanan.. sampai di simpang pulai.. ingat nak singgah umah makcik.. tepon2.. makcik dalam perjalanan dari kl.. baru sampai tapah.. hehehe.. so kami pun terus la perjalanan kami ke Cameron Highlands.. hehehe.. tido la 1 malam lagi.. mmg tak rancang semua ni.. semua main redah je.. sib baik la bilik penginapan no bad la.. walaupun rasanya 2 bintang ke tak de bintang langsung..

then, hari sabtu baru kami bebetul pulang ke rumah.. hehehe..

stop dulu la... kering lak tekak.. macam la aku bercakap.. anyway.. stop jap la..

No comments:

Post a Comment