Tuesday, February 8, 2011

Too much time wasted..

hmm.. these few days or maybe weeks, blog ni banyak gambar makanan je kan.. actually last few weeks ni rajin pulak belek buku resipi.. tu yg tetiba rajin nak buat itu ini.. lagi pulak nak abiskan simpanan makanan basah lam peti ais before cuti panjang raya cina ari tu..
 
 
anyway.. bukan itu yg ingin dicoretkan.. tapi sesuatu yang lebih bermakna..
 
baru balik dari kuliah tadi.. dengan tajuk Tanda2 Hari Kiamat.. bila dengar ustaz dok peringat, hati ini berkata2.. "mmg betul la kan.. kita ni dalam masa sehari berapa kali kita berselawat ke atas nabi? berapa kali kita beristighfar? berapa lama kita ingat pada Allah.. sedangkan sepatutnya setiap saat hati kita kene ingat padaNya.. andai kata tiba2 Allah tarik nyawa kita.. apakah yang sedang ligat difikiran kita ketika itu?”
 
 
Kita tak berselawat pada Rasulullah s.a.w kerana kita tak nampak ganjarannya.. kita tak nampak balasannya.. tu sebab kita selalu lalai.. sedangkan dalam hadis sahih.. Nabi Muhammad s.a.w dah bgtau.. “barangsiapa yang berselawat ke atasku siang dan malam 100 kali (dalam masa 24jam), wajib bagi orang itu syafaatku”. Syafaat Nabi di padang mahsyar amat penting untuk kita.. kerana di kala kita sedang menunggu untuk dihisabkan.. syafaat nabi la yang kita perlukan agar urusan hisab kita dipermudahkan.. dan hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang boleh memberi syafaat.. “sekali kita selawat, 10 kali Allah berikan ganjaran kepada kita didunia secara cash” iaitu dengan memberi pelbagai kebaikan seperti kebahagiaan, ketenangan etc..
 
 
Astaghfirullahalazim.. aku lalai untuk mengingatiMu.. aku lalai untuk sentiasa menitipkan rasa syukur terhadapMu dalam setiap nafas ku.. Ya Allah, ampunilah aku..
 
 
Ustaz berkata lagi..”berapa kalikah kita berwudhuk sehari semalam? mujurlah kena solat.. paling kurang 5 kali kita berwudhuk.. agaknya kalau tak kena solat, tak berwudhuklah kita.. sedangkan wudhuk itu sunnah nabi.. dan kalau kita sentiasa dalam keadaan berwudhuk.. maksudnya kita sentiasa bersih dan suci.” Masya Allah.. sekali lagi aku tersentak.. terlalu mudah untuk dilakukan.. tapi aku lalai.. gagal sekali lagi..
 
 
 
“Setiap hari kita tulis dalam diari, hari ni aku buat apa.. nanti kul 10 ada meeting.. nanti jam sekian2 ada aktiviti itu dan ini.. pelbagai perkara kita boleh tulis.. tapi pernah ke kita tulis kul 6.00 aku dah solat subuh.. sekian2 waktu nak baca quran.. setakat tengah hari dah berapa kali selawat..”  arggghhh.. terkena lagi.. balance duit aku tulis dalam buku.. tapi balance selawat atau ucapan syukurku yg belum kutunaikan tidak ku catitkan.. masya allah..
 
 
akhir sekali, bg orang yang pergi ke majlis ilmu, dia kena sampaikan pada orang lain.. kalau tak lebih besar dosanya daripada orang yang tak tahu.. maka aku ingin sampaikan juga pada orang lain.. semoga ia menjadi manfaat untuk kita di SANA nanti.. insya allah..
 
 
Akhir kalam, nak share doa yg disampaikan..
 
 
Doa Mohon Keselamatan
 
Ibnu Abbas Berkata:
Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah memberikan keselamatan kepadanya dari tenggelam, kebakaran, kecurian, syaitan, pemerintah yang zalim, ular dan kala jengking (binatang bisa dan buas). Dari kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi..
 
 
Ertinya:
Dengan Nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang menolak kejahatan kecuali Allah
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah daripada Allah
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah

3 comments:

  1. harsa... insafnya... nak kena selalu diingatkan.. aku pun selalu alpa. thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  2. harsa..ni lindot nih...macih2 for the reminder ;) kalau dipikirkan, nak selawat 100x tu so doable lah pulak kan...syg 5x sehari, after syg baca 20x selawat, sehari dah 100x kan? tapi sebab bila tak terpikir takde lah pulak nak buat...sambil dok merewang kat FB tu pun agaknya kalu baca selawat dah lebih 100x...ni aku lah ni :P

    ReplyDelete
  3. ain, lindot,
    thanks berkunjung ke blog ni...

    mmg kita ni selalu lupa.. kena ada orang sentuh@peringat sikit baru kita teringat balik..

    teringat kesah seorang alim, bila dia bangun tidur,ia akan terus bertayammum.. kerana dia takut saat dia melangkah nak ke bilik air untuk amik wudhuk untuk solat subuh, Allah tarik nyawa dia.. sampai macam tu sekali dia mengingati Allah setiap saat.. kita bagaimana? astaghfirullah...

    ReplyDelete

Enhancement and Support by: HarsaWebdesign