Thursday, February 24, 2011

Roti Boy

Memandangkan anak2 mmg suka makan roti ni.. kalau kat kulim ni yang ada MammaRoti and PappaRoti.. tu jenama je.. tapi the bread tu sama aje.. so aku pun menggodek la resipi2 yang ada.. found this one.. tapi cam biasa.. the topping tu kene praktis lagi.. sebab tak berapa menjadi..

DSC01587

DSC01588

DSC01589

The Recipe:

Bahan-bahan
A. High protein flour (500 gm)
Gula (100 gm)
Garam (5 gm)
Bread improver - pelembut roti (5 gm)
Yis – Mauripan – (15 gm)
Telur (2 biji)
Susu Tepung (10 gm)
Air (Paip) jgn air suam tau (210 gm/ml)

B. Margerin (100 gm)

C. Mentega (kiub untuk inti, kalau nak senang potong masa sejuk pakai pisau tajam, masuk balik dlm peti ais)

Cara-cara:
Pukul A sampai kembang. Pukul low speed sekejap sampai combine, baru medium speed. Kalau mixer kommersial dlm 10 min. Kalau hand-mixer, lama le sikit.
Campur margerin, pukul lagi dlm 5 minit. Pukul sampai doh boleh ditarik macam belon yang dah pecah. Doh dia memang lembut sikit. Kalau nak potong, jgn lupa tabur tepung. Kdg2 orang salut je dengan butter, lagi senang.  Rehatkan doh 5 minit.
Bahagikan doh 30 gm. Kalau nak besar mcm kat KLCC tu 60 gm.Masukkan inti. Kena seal betul-betul.  Rehatkan lagi 1 ½ jam – 2 jam

Sementara tu, boleh buat topping.

TOPPING
Telur (90 gm) 1 telur B = 55gm
Gula (90 gm)
Pukul sampai stiff – kembang dan pucat mcm lemon
Low protein flour (110 gm)
Mentega (dicairkan) (100 gm)
Kopi segera / coffee paste (sesedap rasa) – agak2 dalam 2 tsp.. kalau nak kuat tambah lagi..
Baking powder (2 gm)
Dah pukul telur dengan gula tadi, campurkan tepung, gaul rata. Akhir sekali, masukkan mentega cair, gaul rata.
Masukkan dalam beg plastik, potong hujung plastik kecik je, paipkan atas doh tadi.

Buat roti ni jangan berputus asa.. kene cuba selalu baru jadik macam kat kedai tu.. hehehe

No comments:

Post a Comment

Enhancement and Support by: HarsaWebdesign