Thursday, February 10, 2011

Book Review: U-Turn ke Jalan Lurus

Buku ni ditulis oleh Zul Ramli M. Razali.. diberi pinjam oleh jiran ku di KTC ni.. sebabnya aku ada tanya dia bab hati.. dia ni naqibah kami bila usrah di surau untuk muslimat.. jadi masa ni la selalu aku mengambil kesempatan jika ada masalah2 fekah ke atau perkara2 berkaitan agama, mmg dia sebagai rujukan.. kalau tak dia pun yang jawab persoalan2 itu.. dia boleh tolong tanya2kan pada ustaz2 atau orang yang lebih berpengetahuan.. so senang la aku nak tanya apa2..

 

So ari tu ada tanya pasal hati kecil ini yg selalu berkata2 terutama dalam bab melakukan amal ibadah ni.. syaitan/iblis memang suka buat kita serba salah atau terlalu banyak was2.. so jiranku beri aku buku ini untuk dibaca.. “U-Turn ke Jalan Lurus” .. hmmm…. dalam hati kata.. agaknya dia tengok aku ni cam dah terpesong kot.. hehehe..

 

actually dapat buku ni lama dah.. rasanya tengah tahun 2010 ari tu.. tapi baru semalam abih baca.. biasalah aku ni.. baca buku cepat mengantuk.. heheh..

 

banyak perkara yang boleh membuka minda kita untuk difikirkan.. mmg ia berkaitan hati.. buku ini banyak membuat aku berfikir pasal diri sendiri.. kata2 hati yg kekadang membinasakan dan ada juga yang memberansangkan.. ada beberapa perkara yang ditulis dalam buku ini boleh digunakan sebagai panduan dalam menjadikan kita seorang yang lebih tabah dan kuat dalam menghadapi godaan syaitan.. ikut kata hati binasa.. itu yg paling ditakuti..

 

Peringatan tentang kematian lah yang paling mudah menyentuh hati ini.. tapi aku masih tidak sedar.. kematian tiba2 atau yang tidak disangka2 boleh berlaku pada bila2 masa saja.. kalau berlaku pada orang lain, tak mustahil ia berlaku pada diri kita juga.. adakah kita bersedia?

 

Hakikanya kita tidak disuruh untuk takut kepada kematian, cuma kita perlu bersedia, sama juga kita bersiap sedia atas sebarang kemungkinan dalam kehidupan. Apatah lagi kematian bukan suatu kemungkinan tetapi satu kepastian! Tentulah perancangan dan pesiapannya patut lebih hebat lagi..

 

Sebenarnya banyak perkara lain yg boleh diambil dari buku ini.. banyak pengajarannya.. tapi tak reti nak olah balik secara lebih mendalam.. cukuplah sekadar aku tulis apa yang aku ingat saje.. 

 

secara amnya buku ini mengajak kita berfikir dan memberi jalan bagaimana untuk berpatah balik (U-turn) agar kita menjadi seorang yang lebih bermatlamat, yang lebih beriman, yang lebih memikirkan tentang masa hadapan… Orang lain berhak untuk fikir apa saja tentang kita, tapi segalanya terletak pada diri kita sendiri.. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi lebih baik.. tiada yang mustahil.. alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri..

 

Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah PERTAMA. Nanti langkah kedua pasti dibantu oleh Allah.. Kesukaran paling besar hanyalah pada permulaannya saja.. tapi pada permulaan itulah merupakan titik penting..kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada dalam genggaman..

 

Peringatan dan pengajaran dalam hiduplah yang membuat kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah yang paling mahal dari Allah..

 

Manusia tidak tahu kesalahannya sehinggalah dia disedarkan, manusia tidak mahu berbuat baik sehinggalah dia disedarkan, manusia tidak mampu cemerlang sehinggalah dia disedarkan.. basically semuanya melibatkan kesedaran dalam diri.. aku ni tak sedar2 lagi kot ni.. ish ish ish..

 

Akhir sekali, Kesedaran harus selalu dipupuk kerana racunnya adalah Lupa. Tenaganya pula adalah peringatan dan pengajaran.

 

Jadinya, aku kena sentiasa pupuk dalam diri untuk sentiasa sedar akan kesan atas setiap perbuatan yang kita lakukan dalam kehidupan agar peringatan dan pengajaran yang diambil dari kesan perbuatan kita itu akan menjadikan kita sentiasa kekal melakukan perubahan yang berterusan dalam hidup.. Jom kita u-turn ke jalan yang lurus!

Wallahualam..

1 comment:

  1. harsa... sungguh... memang sukar menjaga hati ni. thanks bg ulasan psl buku ni. penah nmpk kat kedai. keep on sharing ye... boleh tolong ingat2kan aku sama ;)

    ReplyDelete