Monday, February 21, 2011

Chocolate Icecream

My first time ever in making an icecream.. got the recipe from a blog tapi tak ingat from which blog. so sorry to the author.. anyway.. thank you..

The taste was nice..  cuma termanis sikit.. sebab I guna milk chocolate.. since the chocolate dah mmg manis, and I tak reduce the amount of sugar.. tu yg jadik manis sangat tu.. so next time, if guna milk choc.. remember to reduce the sugar.. unless kalau guna baking chocolate tu ok la..
The Recipe:
Bahan-bahanya ( Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston)
400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar
Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang.
ok




No comments:

Post a Comment