Saturday, January 1, 2011

New blog!

Semenjak dua menjak ni.. aku mmg rajin la pulak mencuba resipi2 yang ada dalam buku maupun yang aku carik lam internet.. ni semua sebab aku rajin melawat blog kawan2 yang suka masukkan gambar2 masakan yang diorang cuba kat umah.. tengok gambar je pun cam best je.. especially bila tengok gambar2 kek nih.. hiasan dia sungguh menarik minat aku untuk mencuba.. maka sejak duduk di Kulim ni sebagai suri rumah.. aku mencuba pelbagai jenis masakan termasuklah kek dan biskut..

Maka dengan itu, tercetuslah idea untuk aku buat 1 blog baru khusus untuk aku masukkan gambar2 cake dan cookies yang telah aku cuba..

Blog ini aku namakan Cakesandcookies4u!! Dalam masa yang sama, jika ada kawan2 yang nak order kek dan cookies yang aku buat ni, boleh lah order ye! email aje atau pun telefon.. insya allah..

Aku berharap, aku akan dapat terus diberi kesihatan yang baik dan kesempatan masa untuk terus mencuba pelbagai lagi resipi yang ada.. sebenarnya terlalu banyak resipi, cuma kekadang malas je rasa nak pegi ke dapur tu..
So, selamat berkunjung!

No comments:

Post a Comment