Wednesday, January 26, 2011

Kek Coklat Kukus

Hari mencuba resipi kek ni.. first time buat kek coklat kukus.. the taste; hmm not bad la.. anak2 kata sedap.. tapi I still prefer kek coklat yang bakar punya..

DSC01468

Bahan-bahan
Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 tsp esen vanilla

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan susun paper-cup dalam loyang
2.
Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
3. Gaulkan semua bahan A.
4. Campurkan semua bahan B dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan B tadi ke dalam adunan A. Gaulkan hingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit/ hingga masak dengan api yg sederhana.
6. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Enhancement and Support by: HarsaWebdesign