Friday, March 19, 2010

A step forward

setelah sekian lama (baca lebih 5 tahun), akhirnya aku dan adik aku Dila pergi mendaftar nama syarikat di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Alam Sentral Shah Alam pada 16/3/2010 yang lepas.

dari meja persidangan (meja makan la apa lagi) di rumah hingga hendak mengisi borang, kami berbincang nak register nama apa untuk bisnes kami.. sebenarnya.. aku dah lama dah nak register.. tapi tak ke SSM.. dan jugak nama yg aku nak gunakan masih tak muncul… tapi oleh kerana hari selasa yang lepas adik aku bersemangat nak register.. dan kebetulan dia bercuti dan aku ada di sini.. kami pun pergi ke SSM..

pelbagai nama dibincang dan dicadangkan.. akhirnya.. kami memilih nama “HARSA ENTERPRISE” bersempena dengan nama kami bertiga yang bermula dengan Harsa.. hmm.. cam tak komersial pun ada gak.. tapi bila pikir2.. biarlah.. senang gak guna nama sendiri.. bila sebut harsa.. orang dah tau sapekah gerangannya harsa ini.. hehehe.. hantam saje lah labu..

anyway.. ape yang aku nak citekan ialah aku akhirnya berjaya menubuhkan satu company.. keh keh keh.. a step forward.. :).. yg sepatutnya aku lakukan lama dulu… dan yang bestnya.. aku register company ni siap ada 2 cawangan lagi.. heheh.. HQ kat Shah Alam.. umah mak aku la.. cawangan2 nya ialah di Penang (umah kakak) and Kulim (umah aku la)… so depa dah print siap2 3 helai sijil SSM tu.. so kami leh bawak balik sorang satu..

memula pegi kat kaunter mintak borang.. kami diberi borang 42 kot.. borang just untuk kite senaraikan nama syarikat yg kita nak gunakan.. dan juga nama dan alamat pemilik.. pastu bila SSM dah check.. dia akan luluskan nama yang paling sesuai ikut nama yang kita tulis lah.. selalunya dia akan beri nama yang paling atas yang kita tulis.. selesai yg tu.. dia akan bagi satu lagi borang A.. untuk kita isi lebih terperinci termasuklah alamat2 cawangan yang kita nak masukkan, maklumat pemilik dan juga maklumat perniagaan kita.. masa nak ambik nombor.. mamat tu cakap.. kalau perkongsian(lebih dari 1 pemilik) kene pastikan semua pemilik tu hadir sebab nanti kerani tu nak tengok ic masing2..

bila borang diserahkan.. kami kene bayar untuk daftar nama RM60/setahun, maklumat perniagaan RM10 dan cawangan ada 2 RM10(RM5 setiap satu).. so total RM80.. selesai kat kaunter tu.. kami kene tunggu lagi untuk depa print sijil2 tu.. lebih kurang 30-1jam la kot.. baru kami dapat sijil2 tu.. Alhamdulillah.. selesai sudah..

Kami takkan berundur lagi.. hehehe..

No comments:

Post a Comment