Wednesday, November 5, 2008

Daging Masak Merah

salam diary,
ari ni aku nak cuba masak menu yg lain sket.. aku carik kat internet.. since ada daging kat lam peti ais.. so aku pun surf la resepi daging masak merah.. wallahhh.. ni la hasilnya...



heehhe... lom rasa lagi nih.. nak tunggu my gorjes balik and nak makan sama2.. hehehe...
sure dia terkojut dgn my performance ari nih..

ni resepinya..
daging di rebus dan dihiris..
cili kering yg dah dimesin.., bawang putih dititik, bawang besar dihiris, sos tomato, kicap cair, minyak..

cara2:
panaskan minyak, tumiskan bawang putih. dah naik bau, masukkan cili kering, tumis sampai cili garing or pecah minyak... masukkan sos tomato (this time saya masukkan cili sos gak sebab sos tomato tak de..), masukkan daging.. then masukkan kicap cair.. if kering sangat.. tambah air sket.. masukkan gula sket.. if suka la.. aku if masak sambal ni mmg letak sket gula.. tak banyak..
pastu last sekali masukkan bawang besar.. gaul2 kejap.. n leh angkat...

ni resepi asal:
Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar) Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

sekian..

dah makan dah.. hehe.. bagi aku sedap la..
tanya man.. dia kata " ok la.. sedap... " hehe cam tak sedap je.. tapi bertambah jugak sepinggan lagi Man.. sedap la kot... heheheh

No comments:

Post a Comment

Enhancement and Support by: HarsaWebdesign