Tuesday, October 5, 2010

Umi, lambatnya Allah nak bagi patung barbie ni..

Itu lah soalan yg ditanya oleh anak ku yg kecik sekali.. dia dok mintak aku belikan dia patung barbie.. tapi aku merasakan ia bukan satu keperluan sebab dia dah ada banyak patung kat umah and patung barbie ni tentu akan cepat rosak.. dan jugak dari segi kewangan.. yang mana buat masa sekarang.. keadaan kewangan keluarga kami agak kritikal.. kesian pun ada.. tapi aku amat perlu berhati2 sekarang nih..

So, aku selalu la suruh dia doa kat Allah.. supaya bg patung ni.. doa pada Allah agar bukak pintu hati aku untuk pergi beli.. hehehe.. tu yg bila dia teringat balik.. dia akan tanya aku.. lambatnya Allah nak bagi patung ni umi.. and selalunya aku akan cakap kat dia.. “tu la.. adik tak doa kat Allah betul2.. adik kene baca doa tu elok2.. mintak elok2.. duduk depan kiblat.. baca doa tu macam adik mintak umi buatkan susu” dan selalunya lepas tu dia akan senyap untuk beberapa hari.. hehehe.. so far it works..

tapi dalam sudut hati, aku tak tau lah, adakah cara aku ni betul atau tak.. sebenarnya apa yang aku harapkan ialah dia akan sentiasa berdoa pada Allah atas apa jua keadaan pun.. hatta nak mintak permainan pun dia akan mintak pada Allah.. biar dia ada perasaan kebergantungan pada Allah itu..

salah satu perkara yang aku selalu buat ialah mintak diorang berdoa bila nak carik parking kat mana2 pun.. selalu akan suruh anak2 doa supaya diberi parking.. semoga anak2 aku menjadi anak2 yang soleh dan solehah..

Ramadhan sudah berlalu, Syawal bakal meninggalkan kita

Sebulan aku tak menulis di blog ni.. biasalah.. kononnya nak concentrate dalam bulan puasa.. pastu pulak raya..

but this year’s puasa mmg a bit different from the previous years.. sebab kali ni puasa di Kulim.. alhamdulillah.. dapat melaksanakan solat terawih di surau.. and selalu dapat makan moreh.. hehehe.. tadarus pun dapat join.. best sangat.. lebih tenang dan menggembirakan.. dapat join qiamulail dan pelbagai aktiviti di surau..

and kebetulan.. raya tahun ni mmg turn Shah Alam.. so sehari before raya, kami balik KL.. and this year ever.. perjalanan ke kampung amat mudah dan menenangkan sebab hiway tak de jam langsung untuk ke arah selatan dari Utara ni.. hehehe.. kalau sebelum ni.. jgn harap nak relaks macam ni.. confirm akan terlibat dalam jam sepanjang jalan nak ke utara dari KL.. so this time.. kami pulak tengok orang lain dok lam kesesakan.. hehe.. kesian.. walaupun itulah yg berlaku pada kami sebelum ni bila giliran beraya ke Kodiang..

so tahun ni cuti raya agak lama.. anak2 dapat cuti sekolah 2 minggu.. cuma ayahnya saje sehari before raya and seminggu lepas raya.. so hari ke 4 kami pulang beraya ke Kodiang pula.. and this year jugak lah.. Hari Raya kami sambut di kedua2 kampung.. kalau tak sebelum ni.. kalau raya shah alam.. kat shah alam je lah.. tak balik kodiang dah.. so this year kami ubah sket.. hopefully tahun depan pun leh buat macam nih..

this year jugak baju raya anak dara sampai 4 pasang seorang.. pergh.. tak pernah dibuat.. tapi semua kain2 tu orang bagi.. hehhe.. alhamdulillah.. murah rezeki..

so lepas puasa, raya.. life goes on.. we are back to our normal life.. doa bebanyak agar amalan masa bulan puasa tu dapat diteruskan hingga ke bulan2 seterusnya.. how i missed ramadhan.. semoga aku dapat melaluinya lagi pada tahun hadapan.. insya allah..

Friday, September 10, 2010

Raya 2010

Tahun ni.. semua 3 family beraya di Shah Alam.. so pagi2 raya lepas solat raya tu.. cam biasa kami bergambar sebelum bermaaf-maafan.. bergambar bersama atok and wan and ngan family masing2.. cuma hasnol je tak de.. dia belum sampai lagi time ni..


Along and family




Me and family

  


Dila and family

and macam biasa.. pose2 yg disukai.. hehehe..








ni gambar Man and Megat.. masa Megat datang ziarah umah kami kat Kodiang.. lama betul tak jumpa dia.. mmg semakin sehat sekarang ni.. kalau dulu punye la kurus mamat nih.. heheheh

Tuesday, August 10, 2010

Bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy





Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

taken from other blog:
http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html

Muhasabah Ramadhan

Esok dah start puasa.. and malam ni dah start tarawih.. harap sangat agar tahun ni dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin..
ni nak share sikit.. print la banyak2 and bagi kat kengkawan or sesapa saje..
scan0004 scan0005

Friday, August 6, 2010

Bulan Ramadhan

Ramadhan menjelang tiba.. adakah kita sudah bersedia? pada tahun inilah aku akan berpuasa dalam keadaan seperti baru.. sebab puasa yang lepas sudah berjaya diganti.. selama 10 thn menderita mengganti puasa.. hehehe.. bukan apa..

tahun 2000 bermulalah episod mengganti puasa yg berlipat kali ganda dari biasa.. sebab anak sulung ku lahir 4 ramadhan pada tahun itu.. so maknanya lam 26 hari la aku kene ganti.. than next year 2001 aku melahirkan sorang lagi jugak dalam bulan ramdhan.. yg thn 2000 punye pun lom habis ganti.. tambah pulak ngan yang 2001 punye.. so cam biasa suamiku byr fidyah je la.. so bawak dari tahun ke tahun.. campur ngan keuzuran setiap bulan itu.. and tahun 2004 lagi sekali aku melahirkan anak ke tiga juga dalam bulan puasa.. so mengganti lah aku sampailah ke tahun 2010 ini.. akhirnya aku berjaya mengganti puasaku.. terasa release sangat sebab i will start fresh.. and sang suami tak perlu lagi membayar fidyah.. duit tu leh guna untuk sedekah buat moreh.. hehehe..

back to ramadhan.. ustazah cakap.. kita kene la selalu berdoa agar diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa nanti agar kita dapat mengerjakan ibadah sepanjang bulan puasa semaksimum mungkin.. sebab ganjaran beribadat di bulan puasa amat banyak! masa ni la nak kumpul sebanyak mungkin..

bagi aku.. ni la first time aku berpuasa di bumi luar dari kuala lumpur.. kalau sebelum2 ni kebanyakan harinya aku berbuka dalam kereta pulang dari kerja.. insya allah kali ni aku berbuka bersama keluarga di surau ataupun di rumah.. bestnya.. tak sabar rasanya.. bercita2 juga untuk berterawih di surau secara berjemaah.. harap dapat istiqamah.. kalau dulu.. tak berkesempatan pun untuk ke surau.. kalau pegi pun dapat la sehari dua..

dan dalam bulan inilah.. aku juga selalu buat side income.. jual kuih raya.. dan kuih raya ku yg paling famous cam biasa adalah tart sekundang.. tapi tahun ni dah sold out belum pun start puasa..

ramai yg telah menanyakan tentang tart sekundang ini.. namun apakan daya.. aku insan biasa..

aku ada terima satu sms ni: (aku type balik.. ni bukan cerita rekaan ye..)

“Assalamualaikum, Kak, sy ada lawat akak punye web.. dah lama sy cari tat sekundang.. yg rupa mcm akak jual.. last yr sy ada rasa srg kwn bawa biskut tu.. katanya adiknya yg beli di sg.buloh.. homemade.. sy begitu teruja shgg bawa blk kat hubby utk rasa.. sedap sungguh.. namun sy terlupa bertanykn apa nama tat ini.. baru tadi sy tahu.. n search kat internet.. kak kat penang xde biskut ni.. berbesar hati kalu akak leh order or upkn rm pn sy xkisah.. lps raya pn xpe la.. tq”

perghh… terkejut aku bila dapat sms nih.. siannya.. and aku pun reply:

“Wa’alaikumussalam.. sori la.. dah sold out.. lepas raya kalau ada ada la.. if x de.. akak mintak maaf byk2..”

and dia reply pulak:

“xpe la kak, nak wat camne dah xde rezeki sy.. kalu lps raya akak order je.. anytime je sy sanggup tgg.. ape2 nanti akak sms ye.. sy ni mmg hantu kuih tat.. harap suatu hr nanti sy dpt buat sendiri.. tq..”

hmmm… mmg la kesian.. tapi nak buat camne..

ini lah rupa tart sekundang itu.. kot ada yang tak pernah tengok

Tart_Sekundang_48cfd89ad2d4f

Thursday, July 22, 2010

Sakit belakang

dah lama tak menulis.. tetiba nak tulis pasal sakit belakang..

well, dah lama dah actually sakit belakang ni.. “awak kene jaga pantang tu.. nanti dah tua sok.. sakit..”  “tak leh minum air sejuk.. tak elok untuk tulang.. nanti sakit belakang..” bangun dari katil ada caranya.. kene ngiring dulu baru bangun.. guna kaki tu untuk tolak badan..” begitulah antara kata2 nasihat yang aku dapat.. tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. dan akibatnya, tu laaa.. masa berpantang bersalin tak jaga bebetul, dok minum ais.. bangun tidur makin bangkit je.. haaa.. ni la padahnya.. sakit belakang la.. sakit pinggang la.. and semalam.. sakit tulang belikat belah kiri nih.... aduhh.. tak leh nak buat keje.. tapi pagi ni dah ok sket.. ditahankan aje la.. nak gi ngurut.. cam segan (malu) sebab biasa ngurut ngan mak sendiri.. tapi kat kulim ni kalau nak ngurut kene ngurut ngan mak orang lain la.. hehehe..

tapi paling tak tahan sakit belakang ni bila nak bangun tido.. astaghfirullah.. terasa badan dan tulang belulang melekat kat katil.. bukan sebab tak nak bangun.. tapi sakitnya ya amat.. tak tau la apesal.. setiap kali jumpa doktor.. doktor akan bagi ubat koyok tu la.. maleh dah nak cakap..

pastu di tambah pulak ngan sakit gigi ni ha.. geraham besar plak tu.. gi jumpa dr gigi.. dia kata ni kene rawatan saraf.. nak buat appt.. lepas raya.. adeh.. lambat lagi tu.. sekang ni dia suh makan antibiiotik n ubat tahan sakit.. ape nak buat.. redho je lah..

should i do something about my back ache ni? tak tau la.. nak gi jumpa doktor.. cam tau je apa dr nak cakap..