Saturday, January 22, 2011
Lunch Today
Menguap dan Bersin
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.
Read more at: menguap mengikut islam... http://sepaku.net/nur-addin/5329-menguap-mengikut-islam.html#ixzz1BjdSzwnp
Wednesday, January 19, 2011
Choc and Cheese CupCake
Choc and Cheese CupCake
Hari ni aku rajin sket nak buat cake.. tapi tu pun start lambat.. so lambat la dapat makannya.. actually dah usha resipi ni lama dah.. tapi tunggu nak beli bahan je lambat sket..
Tuesday, January 18, 2011
Marbled Cheese Cake
Setelah tertangguh beberapa minggu (err.. rasanya bulan kot), akhirnya aku memberanikan diri buat jugak cheese cake nih.. hehehe.. bukan apa.. rasa macam susah je buat cheese cake ni.. but akhirnya aku buat jugak.. and alhamdulillah.. the cake turn out well.. sedap and anak2 pun suka.. cuma rupa dia je.. tak marbled pun..
ku kembali
anyway.. tahun berganti tahun.. now we are in 2011.. sure everyone have their own history in 2010.. to me.. setahun la sudah aku duduk di Kulimfornia.. alhamdulillah..
2011, bermakna.. aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengecapi kehidupan bersama keluarga, beribadat dan berusaha untuk meningkatkan amalanku di tahun 2011.. insya allah.. jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sudah pastinya aku ingin cepat melaksanakan rukun islam yang terakhir.. cita2ku.. akan ku panjatkan doa padaMu Ya Allah agar aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamuMu dalam masa terdekat… insya Allah..
doa yang diberikan ustazah yg diberikan oleh sahabat beliau yg sekarang ni bermastautin di Mekah.. Dia suruh amalkan/baca doa ini selalu terutamanya pada setiap hari Jumaat atau sepertiga malam.. insya allah kita akan dapat selalu ke sana dengan izinNya..
“Allahumma Yassirli ziaarata haramuka waharamihi sallahua’laihiwassalam” Ertinya: “Ya Allah, permudahkanlah ziarahku/kami ke Tanah HaramMu (Mekah) dan Tanah haram Nabi Muhammad SAW (Madinah)
wallahualam