Monday, June 11, 2012

Italian Cream Cake

Dah lama buat cake ni.. tapi baru nak upload ke blog.. heheeh.. I lurve the topping..

DSC02154

DSC02156

Friday, June 8, 2012

Deco Cake

Konon2 nak asah bakat dalam membuat bunga rose guna buttercream.. nampak gaya kene usaha lagi.. tak berapa nak cantik la pulak.. anyway, I like the colours lah.. on the buttercream, masih mencari resipi yang best.. yang try ni agak manis.. tak sesuai ngan tekak ku..

DSC02265

 

DSC02266

Deco-deco

 

haaa… jangan tak percaya.. ni kerja deco anak2 harsa.. dari yang sulong sampai ke bongsu mengerjakannya.. harsa saja buat buttercream tu.. nak belajar deco.. so saje ajak yg si kecik join buat.. tetiba dia ajak kakak and abang2 dia join.. so biarkan aje la.. so ni lah hasilnya.. heheheh.. budak2.. suka betul main ngan cream.. ditekan2 di pusing2..

DSC02263

DSC02264

This is true

image

Wednesday, June 6, 2012

Blogging

Dah lama juga tak meng’update’ blog ni.. nak kata busy.. hmm.. sama je 24 jam jugak masa yang diberi.. nak kata tak ‘busy’.. ada je kerja nak dibuat.. tapi yang pasti, blog ni amat kurindui.. nak kene update selalu la lepas nih.. namun aku bukannya pengarang hebat.. tak pandai pun nak mengarang setiap detik dan waktu yang berlaku pada diri.. hanya sekadar cerita2 santai yang ingin ku kongsikan.. tak tau la sapa yang baca blog ni tah.. hehehe..

apa pun.. aku saje je nulis2 di sini.. saja nak lepas gian dan teringin nak buat karangan.. dulu masa sekolah tak puas buat karangan kot.. hehehe..

insyaAllah lepas2 ni nak kembali berblog..

Tuesday, May 1, 2012

Cerita Santai


Situasi 1:

Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :

"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :

"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”

Situasi 2:

Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.

Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."

Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

Orang yang betul memahami agama pula berkata:

"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.

Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?

Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Peringatan

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..