Celebrated on the 28th of January.. now she is already 6 years old.
Sebiji manggis:
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit di kampung itu. Memang di hari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung-kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
“Dah lama sangat aku tengok kau asik bertanya pasal Islam ni, Seng,” kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng. “Aku nak tanya lak. Kau bertanya ni sebab kau dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kau nak masuk Islam? Atau kau cuma nak tau jer?”
Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman. “Eh…takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi,” katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.
“Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,” katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkayCina ini.
Tapi…” Tapi apa, Ah Seng,” dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.
“Pak Man tak marah kalau saya terus terang?” Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.
“Cakap le. Aku tak marah,” kata Haji Seman memberi jaminan.
“Sebenarnya, Pak Man,” Ah Seng memulakan. “Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya.”
“Oh…camtu rupanya. Lalu apa yang kau dapat dalam perbandingan ugama ni,” tanya Haji Seman. “Dimana kau letakkan ugama Islam?”
“Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat.”
“Ah Seng…Ah Seng,” Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan. “Begini, Seng,” sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.
“Kau tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kau tengok. Kau tenung lama-lama. Ada jer yang kau nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kau leh komen kalo kau nak.“
Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya. “Tapi bila kau kupas kulit dia. Kau tengok. Putih isi dia. Kau ambil seulas dan rasa,” Haji Seman melakukan apa yang dikatanya. “Mmmm…manis. Bagus manggis ni.”
“Begitu le Islam. Kau cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya…”
“Tapi bila kau mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kau akan melihat keputihannya. Kesuciannya. Kemanisannya.”
Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
~LB~
Saje nak share apa yang dah letak kat FB.. supaya senang nak rujuk balik..
"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang hina adalah suatu jawapan . Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing." (Lihat Diwan al-Syafi'e).
"Aku mampu berhujah dgn 10 ilmuan handal tetapi aku kalah dgn seorang yang jahil kerana yang jahil tidak tahu apa yang mereka katakan."
[Imam Al-Ghazali]
Pernahkah kita terfikir?
1 hari di zaman sekarang,datuk/nenek kita p pasar Ramadhan,beli murtabak sekeping dan bayar guna duit kertas zaman depa muda2 dulu. Apa akan jadi?
Bandingkan dengan kisah ashabul kahfi. setelah 300 tahun,bila keluar dari gua utk beli makanan menggunakan wang peraknya,masih mampu mendapatkan apa yang dikehendakinya.Rujuk (18:19)
this is what I got from my FB frens.. the thing that I want to keep..
To shrink cancer cell – Surah Thaaha 105 -107 (7 times)
To kill cancer cell:
1. Surah Al-Qalam 1-5
2. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)
To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A’raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas
(Read 7 times onto water for shower and to be drank)
Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who
will give a cure to this disease. Insya’Allah, if it is the best fated and
charted in my life.
Always read:
Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa’ and istighfar
Al Qardhul hasan : Hutang dengan pengembalian yang lebih adalah baik tetapi mestilah tidak dimasukkan dalam aqad jika tidak, akan jadi riba.
Kata Imam Malik: “Tidak apa-apa hukumnya bagi orang yang berhutang sesuatu baik berupa emas, perak, atau makanan atau haiwan, dan membayarnya dengan yang lebih baik daripada yang dia hutang. Tetapi dengan syarat hal itu bukan merupakan kesepekatan bersama terlebih dahulu atau sudah merupakan adat kebiasaan. Kalau itu merupakan kesepakatan bersama, atau merupakan janji, atau adat kebiasaan, maka hukumnya menjadi tidak boleh.
Hal itu kerana Rasulullah s.a.w pernah mengembalikan seekor unta yang lebih baik daripada yang pernah dipinjaminya. Dan Abdullah bin Umar juga pernah mengembalikan dirham yang lebih ketimbang dirham yang dipinjamnya. Tetapi sekali lagi dengan catatan hal itu harus berdasarkan ketulusan orang yang meminjam, bukan atas dasar syarat atau janji atau adat kebiasaan.” Muwatta'