Tuesday, November 20, 2012

Doa untuk Gaza

Tingkatkan ilmu, taat perintah Allah dan Rasul, sebagai pembenteng diri untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di dunia ini. Apa yang berlaku di Gaza mesti ada hikmahnya.. kita bersedih kerana saudara seIslam kita di sana di bunuh dengan kejam.. jangan lah selepas berdoa untuk mereka kita terus2an melakukan maksiat dan kembali lalai dan alpa dengan urusan dunia. Berubahlah menjadi muslim yang taat agar negara kita sentiasa diRahmati dan diBerkati oleh Allah SWT. Wallahualam.. -me-


Saturday, November 17, 2012

Mixer

Sesungguhnya aku dalam dilema.. nak beli standmixer ni.. dari dulu dok aim KitchenAid(KA).. tapi macam terlalu mahal.. hari tu tengok KA ni kat umah kawan.. macam kecik plak.. rasa kalau buat 1 adunan boleh la.. kalau lebih macam tak muat je.. hehehe.. harga mahal plak tu..  so berallih arah.. tengok yang lain..

kat kedai Bagus Shah Alam ada jual mixer jenama SPAR.. first time dengar.. tapi cam menarik, besar dan banyak yg recommend jenama nih for industri la tapi nya... tapi macam bagak sangat la pulak.. berat nak mengangkatnya.. apa tah lagi kalau nak letak atas meja kaki empat yang tak berapa kuat tu.. so cancel.. tapi in terms of price.. mmg murah la banding ngan KA.. murah ada la lam 600-700 RM.. banyak tu.. leh beli sebiji bowl extra..  nak letak gambar tak leh la pulak.. tak leh nak copy dari website dia.. hehehe.. tapi ni aku bagi link kalau nak tengok gambar.. http://sparmixers.com/products/MA/sp-800.htm

pastu ada pulak member bagitau pasal mixer brand berjaya.. ni pun first time dengar.. hehehe.. maklumla… selalu dengar jenama KA, Kenwood je.. ni link untuk product berjaya.. mmg banyak choices lah.. http://www.berjayasteel.com/products_5.htm. Harga tak sure sebab kat website tak de harga.. tapi dengarnya cam murah gak..

 

yang kat bawah ni kMix yang aku teringin nak beli.. yang ni model KMX51. Harga lepas tolak member price is RM1999..

KitchenMachines-KMX51-800x600-2_300x225

actually dah pegi kedai SenHeng.. try satu product kenwood ni model KM336.. tapi dia punye tombol for speed mixing tu cam problem je.. ingat nak beli dah.. tapi bila try..cam musykil plak cara nak operate dia.. terus tak jadik.. then we go to another kedai SenHeng.. hehehe.. mmg suka beli kat SenHeng sebab kalau ada problem, leh je antar memana kedai senheng without resit pun tak pe sebab dah boleh online.. bg je kad membership tu.. pastu leh buat extended warranty..

so, last2 aku tak beli pun lagi.. hahaha.. susahnya nak decide.. tolonggggg!!!

p/s: ni bukan beli untuk kedai, tapi untuk diri sendiri di rumah.. nak beli kecik sgt takut nanti mana lah tau ada order masuk kene buat banyak.. tapi bila nak beli yg besar, cam tak sesuai la pulak nak letak kat dapur yang kecik lagi semak tu.. KA cam sesuai je letak.. hahaha..

Friday, November 2, 2012

Reading

Nak recommend this book. Sebuah buku Konspirasi sedunia.. Patut dibaca oleh semua orang terutama orang Islam. Buku yang menerangkan tentang konspirasi dajjal yang hidup panjang yang telah mengarahkan seorang yang bernama Rothschild untuk menakluk dunia.. macam fiksyen plak.. tapi bila baca ada logiknya juga.. Suspen gak bila baca.. baca and relate dengan keadaan semasa kekadang mmg nampak relevannya..

rothchild

Lepas baca ni, tengok pulak apa yang berlaku di Mekah.. Historical places nak dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan mewah.. Teramat sedih dan apa yang di baca dalam buku tu seolah2 memberi gambaran sebenar apa yang berlaku..

Lihatlah apa yang berlaku di sana.. kita di sini macam tak perihatin pun.. terlalu lalai dengan urusan dunia masing2..