Sunday, January 30, 2011

Choc Cup Cake

First time buat cupcake.. 2 resipi lagi.. tapi 1 resipi aku first time try (dari buku Kek Cawan Lynn Hassan) and satu lagi kek yg memang aku selalu buat..


Above resipi from Buku Kek Cawan Lynn Hassan.. Below choc cake yang aku biasa buat.. cuma this time aku masukkan lam cup..

and this is lebihan choc cake aku masuk dalam baking pan je la..




campuran kek yang aku buat..

Friday, January 28, 2011

Bread Pudding with different recipe

ni try bread pudding recipe taken from the internet(allrecipes.com).. rajin betul aku buat ari ni.. sebab anak2 nak makan lagi.. tapi yg tadi dah abis.. so sempat aku buat sebiji lagi.. sebab rotinya ada.. aku tukar recipe sebab some bahan untuk buat the 1st recipe tadi tak de..


Warnanya agak gelap sebab ada letak serbuk cinnamon.. tapi rasanya mmg lazat..
Ingredients:
6 slices day-old bread
2 tablespoons butter, melted
1/2 cup raisins (optional)
4 eggs, beaten
2 cups milk
3/4 cup white sugar
1 teaspoon ground cinnamon
1 teaspoon vanilla extract
Directions
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Break bread into small pieces into an 8 inch square baking pan. Drizzle melted butter or margarine over bread. If desired, sprinkle with raisins.
In a medium mixing bowl, combine eggs, milk, sugar, cinnamon, and vanilla. Beat until well mixed. Pour over bread, and lightly push down with a fork until bread is covered and soaking up the egg mixture.
Bake in the preheated oven for 45 minutes, or until the top springs back when lightly tapped.

Bread & Butter Pudding with Custard Cream Sauce

My 2nd try of bread pudding.. nampaknya berjaya! hoye.. alhamdulillah.. the kids love it..




Resipi was taken from : http://salam-srikanditunfatimah.blogspot.com/2010/01/bread-and-butter-pudding.html

Wednesday, January 26, 2011

Kek Coklat Kukus

Hari mencuba resipi kek ni.. first time buat kek coklat kukus.. the taste; hmm not bad la.. anak2 kata sedap.. tapi I still prefer kek coklat yang bakar punya..

DSC01468

Bahan-bahan
Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 tsp esen vanilla

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan susun paper-cup dalam loyang
2.
Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
3. Gaulkan semua bahan A.
4. Campurkan semua bahan B dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan B tadi ke dalam adunan A. Gaulkan hingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit/ hingga masak dengan api yg sederhana.
6. Angkat dan hidangkan.

Monday, January 24, 2011

Lunch and Dinner

Tengah hari aku buat simple lunch je.. tu pun tengok resipi sebenarnya.. hehehe.. kari ayam..

DSC01461

and for dinner.. aku buat burger oblong tu.. ari tu beli kat kedai frozen food daging oblong.. so buat la for dinner.. bebudak and bapak budak mmg suka.. and aku ada hantar kat jiran sebab nak pulangkan pinggan dia.. sedap jugak rasa daging oblong ni.. cumanya selalu kalau aku beli kat pasar malam.. daging macam lebar sket.. tapi ni agak kurus.. tapi tak pe.. sebab dia sedap.. no problem.. hehehe..

DSC01464

Saturday, January 22, 2011

Apple Crumble with Vanilla Ice Cream

Resipi: Jija
Petang tadi buat apple crumble.. dari semalam dah dapat resipinye.. tapi baru hari ni rajin nak buat..
DSC01454
Cara membuatnya:
Panaskan oven at 180 degrees
Cincang apple hijau (byk apple lagi best), buang kulit, susun kat bottom of casserole dishware (yg boleh masuk oven).
Pastu tabur gula perang muda on top, tabur serbuk kayu manis on top, sprinkle perahan oren, tabur dried cranberries, pastu tabur dried appricot yg dicincang, tabur campuran tepung dan butter (combine both without water, crumbly, dry) and then tabur almond flakes on top....
masukkan dalam oven, 20 mins.
kalau apple belum soft lagi, tambah la lagi berapa minit yg sesuai hehe.. pastu cedok and makan dgn eskem vanila...
by the way, cara buat yg atas ni copy from member tu.. but yg aku buat ni tak cukup bahan.. “perahan oren, dried cranberries, dried appricot" tak de.. aku gantikan dengan fruit mix and kismis.. tapi still rasa sedap..

Lunch Today

Sambal sotong+udang and foochok+soon
DSC01451
DSC01450
actually cakap kat husband, malas nak masak for lunch today.. nak rehat lagipun tak de bahan.. but bila tengok lam peti ais tu ada pulak sotong and udang.. so fikir punye fikir, masak je lah.. lagi pun cili mesin dah ada.. so jadiklah sambal sotong campur udang.. sotong tu ada lebihan masak sebelum ni.. so sikit je la sotong nye..
pastu ngah2 masak sambal ni, tengok ada foochok and soon.. beli dah lama tapi tak masak lagi.. since sayur pun tak de.. masak yg ni je la.. which is mmg my favourite dish pun..

Menguap dan Bersin

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan

“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

Read more at: menguap mengikut islam... http://sepaku.net/nur-addin/5329-menguap-mengikut-islam.html#ixzz1BjdSzwnp

Wednesday, January 19, 2011

Choc and Cheese CupCake

cheesechoc1cheesechoc2
Hari ni aku rajin sket nak buat cake.. tapi tu pun start lambat.. so lambat la dapat makannya.. actually dah usha resipi ni lama dah.. tapi tunggu nak beli bahan je lambat sket..

Choc and Cheese CupCake

Resipi: Buku Kek Cawan Lynn Hassan


Hari ni aku rajin sket nak buat cake.. tapi tu pun start lambat.. so lambat la dapat makannya.. actually dah usha resipi ni lama dah.. tapi tunggu nak beli bahan je lambat sket..

Tuesday, January 18, 2011

Marbled Cheese Cake

Resipi: Along
Setelah tertangguh beberapa minggu (err.. rasanya bulan kot), akhirnya aku memberanikan diri buat jugak cheese cake nih.. hehehe.. bukan apa.. rasa macam susah je buat cheese cake ni.. but akhirnya aku buat jugak.. and alhamdulillah.. the cake turn out well.. sedap and anak2 pun suka.. cuma rupa dia je.. tak marbled pun..


ku kembali

mak aii.. rupanya last aku tulis blog was in November 2010.. hehehe.. how time flies.. rasanya cam baru je buat donut tu..
anyway.. tahun berganti tahun.. now we are in 2011.. sure everyone have their own history in 2010.. to me.. setahun la sudah aku duduk di Kulimfornia.. alhamdulillah..
2011, bermakna.. aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengecapi kehidupan bersama keluarga, beribadat dan berusaha untuk meningkatkan amalanku di tahun 2011.. insya allah.. jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sudah pastinya aku ingin cepat melaksanakan rukun islam yang terakhir.. cita2ku.. akan ku panjatkan doa padaMu Ya Allah agar aku diberi kesempatan untuk menjadi tetamuMu dalam masa terdekat… insya Allah..
doa yang diberikan ustazah yg diberikan oleh sahabat beliau yg sekarang ni bermastautin di Mekah.. Dia suruh amalkan/baca doa ini selalu terutamanya pada setiap hari Jumaat atau sepertiga malam.. insya allah kita akan dapat selalu ke sana dengan izinNya..
“Allahumma Yassirli ziaarata haramuka waharamihi sallahua’laihiwassalam” Ertinya: “Ya Allah, permudahkanlah ziarahku/kami ke Tanah HaramMu (Mekah) dan Tanah haram Nabi Muhammad SAW (Madinah)
wallahualam

Saturday, January 1, 2011

New blog!

Semenjak dua menjak ni.. aku mmg rajin la pulak mencuba resipi2 yang ada dalam buku maupun yang aku carik lam internet.. ni semua sebab aku rajin melawat blog kawan2 yang suka masukkan gambar2 masakan yang diorang cuba kat umah.. tengok gambar je pun cam best je.. especially bila tengok gambar2 kek nih.. hiasan dia sungguh menarik minat aku untuk mencuba.. maka sejak duduk di Kulim ni sebagai suri rumah.. aku mencuba pelbagai jenis masakan termasuklah kek dan biskut..

Maka dengan itu, tercetuslah idea untuk aku buat 1 blog baru khusus untuk aku masukkan gambar2 cake dan cookies yang telah aku cuba..

Blog ini aku namakan Cakesandcookies4u!! Dalam masa yang sama, jika ada kawan2 yang nak order kek dan cookies yang aku buat ni, boleh lah order ye! email aje atau pun telefon.. insya allah..

Aku berharap, aku akan dapat terus diberi kesihatan yang baik dan kesempatan masa untuk terus mencuba pelbagai lagi resipi yang ada.. sebenarnya terlalu banyak resipi, cuma kekadang malas je rasa nak pegi ke dapur tu..
So, selamat berkunjung!