Friday, February 11, 2011

Donut Keledek

Resepi copied from blog Ain (http://my-sweetthots.blogspot.com/)

DSC01569

 

Donut Keledek

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit
  • 200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

DSC01571

atas gambar sebelum di goreng.. hehehe.. mmg gebus..

1 comment:

  1. gebus nya ko punya... aku aritu malas nak menguli, uli kejap jer.. pastu x larat nk tunggu lama2 sbb dh x sabar nk rasa ... so, x la segebu ko punya

    ReplyDelete