Tuesday, August 10, 2010

Bacaan Surah Al Mulk oleh Sheikh Mishari Al Afasy





Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

taken from other blog:
http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html

Muhasabah Ramadhan

Esok dah start puasa.. and malam ni dah start tarawih.. harap sangat agar tahun ni dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin..
ni nak share sikit.. print la banyak2 and bagi kat kengkawan or sesapa saje..
scan0004 scan0005

Friday, August 6, 2010

Bulan Ramadhan

Ramadhan menjelang tiba.. adakah kita sudah bersedia? pada tahun inilah aku akan berpuasa dalam keadaan seperti baru.. sebab puasa yang lepas sudah berjaya diganti.. selama 10 thn menderita mengganti puasa.. hehehe.. bukan apa..

tahun 2000 bermulalah episod mengganti puasa yg berlipat kali ganda dari biasa.. sebab anak sulung ku lahir 4 ramadhan pada tahun itu.. so maknanya lam 26 hari la aku kene ganti.. than next year 2001 aku melahirkan sorang lagi jugak dalam bulan ramdhan.. yg thn 2000 punye pun lom habis ganti.. tambah pulak ngan yang 2001 punye.. so cam biasa suamiku byr fidyah je la.. so bawak dari tahun ke tahun.. campur ngan keuzuran setiap bulan itu.. and tahun 2004 lagi sekali aku melahirkan anak ke tiga juga dalam bulan puasa.. so mengganti lah aku sampailah ke tahun 2010 ini.. akhirnya aku berjaya mengganti puasaku.. terasa release sangat sebab i will start fresh.. and sang suami tak perlu lagi membayar fidyah.. duit tu leh guna untuk sedekah buat moreh.. hehehe..

back to ramadhan.. ustazah cakap.. kita kene la selalu berdoa agar diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa nanti agar kita dapat mengerjakan ibadah sepanjang bulan puasa semaksimum mungkin.. sebab ganjaran beribadat di bulan puasa amat banyak! masa ni la nak kumpul sebanyak mungkin..

bagi aku.. ni la first time aku berpuasa di bumi luar dari kuala lumpur.. kalau sebelum2 ni kebanyakan harinya aku berbuka dalam kereta pulang dari kerja.. insya allah kali ni aku berbuka bersama keluarga di surau ataupun di rumah.. bestnya.. tak sabar rasanya.. bercita2 juga untuk berterawih di surau secara berjemaah.. harap dapat istiqamah.. kalau dulu.. tak berkesempatan pun untuk ke surau.. kalau pegi pun dapat la sehari dua..

dan dalam bulan inilah.. aku juga selalu buat side income.. jual kuih raya.. dan kuih raya ku yg paling famous cam biasa adalah tart sekundang.. tapi tahun ni dah sold out belum pun start puasa..

ramai yg telah menanyakan tentang tart sekundang ini.. namun apakan daya.. aku insan biasa..

aku ada terima satu sms ni: (aku type balik.. ni bukan cerita rekaan ye..)

“Assalamualaikum, Kak, sy ada lawat akak punye web.. dah lama sy cari tat sekundang.. yg rupa mcm akak jual.. last yr sy ada rasa srg kwn bawa biskut tu.. katanya adiknya yg beli di sg.buloh.. homemade.. sy begitu teruja shgg bawa blk kat hubby utk rasa.. sedap sungguh.. namun sy terlupa bertanykn apa nama tat ini.. baru tadi sy tahu.. n search kat internet.. kak kat penang xde biskut ni.. berbesar hati kalu akak leh order or upkn rm pn sy xkisah.. lps raya pn xpe la.. tq”

perghh… terkejut aku bila dapat sms nih.. siannya.. and aku pun reply:

“Wa’alaikumussalam.. sori la.. dah sold out.. lepas raya kalau ada ada la.. if x de.. akak mintak maaf byk2..”

and dia reply pulak:

“xpe la kak, nak wat camne dah xde rezeki sy.. kalu lps raya akak order je.. anytime je sy sanggup tgg.. ape2 nanti akak sms ye.. sy ni mmg hantu kuih tat.. harap suatu hr nanti sy dpt buat sendiri.. tq..”

hmmm… mmg la kesian.. tapi nak buat camne..

ini lah rupa tart sekundang itu.. kot ada yang tak pernah tengok

Tart_Sekundang_48cfd89ad2d4f