Friday, March 19, 2010

Books

Pameran Buku Antarabangsa starts today until 28 March.. unfortunately aku dah balik kulim semalam.. naik ketapi ekspress rakyat KL-Butterworth.. patutnya bertolak dari KLSentral at 15:03pm.. delay to 15.30pm.. and ETA kat Butterworth at 21:50pm tapi delay sampai 23:35pm.. aduuhh.. dalam 9 hours dok lam ketapi.. sib baik la bebudak ni tak buat banyak songeh.. kalau tak mau aku pengsan or buat2 pengsan lam tren tuh..
huh.. tak dek kaitan langsung ngan tajuk ni.. nyimpang jauh betul.. apa yang nak diceritakan ialah aku berjaya menghabiskan 2 buah buku dalam masa 4 hari aku ada kat kampung halamanku shah alam.. hehehe.. punye la nak abiskan sampai mak aku tegur “hoi.. nak baca buku tu karang2 la.. buat keje dulu.. siapkan semua baru la baca buku..” heheh.. aku ni ngalahkan budak2.. sikit je lagi nak abis dah buku nih…
buku yg aku baca are: “Salahuddin bin Ayubi – Penakluk Jurusalem” dan “Doa dua Umar”.. memang menarik..
baca buku salahuddin bin ayubi ni mmg membuatkan hati aku teruja nak abiskan buku tu.. kisah di mana semangat dan keperibadian salahuddin dalam menghadapi peperangan menentang tentera salib.. rasa macam nak pegi berperang.. nak mati syahid.. betapa hebat tentera2 Islam mempertahankan umat islam dari ditindas, dibunuh dan dicaci.. tapi tak taulah… nak berperang ngan nyamuk pun kekadang tewas.. tapi apa pun… kite kene selalu berdoa agar dimatikan dalam syahid.. kalaupun tak pegi berperang.. kalau kita berdoa.. insya allah mati kita tidak sia2..
satu lagi.. saranan rasulullah.. supaya kita belajar berenang, memanah dan berkuda ada sebabnya..  aku ni dari dulu lagi nak pi swimming class.. tapi sampai ke sudah tak pegi2 lagi.. kalau kat KL tu senang aje nak carik swimmng class.. tapi kat sini cam susah je.. camana pun mmg ingat nak suruh bebudak tu belajar berenang.. bukan lah nak suruh berenang sampai masuk olimpik.. sekadar untuk mendapatkan sunnah pun alhamdulillah.. berkuda dan memanah mungkin susah.. tapi kalau dapat di laksanakan bagus juga.. Sunnah juga untuk kita menyimpan pedang dalam rumah.. just incase anything happen..
Tahun 1099 masihi tentera salib merampas jurusalem.. dan pada zaman salahuddin al-ayubi lah tentera islam dapat merampas semula jurusalem dari tangan tentera salib selepas mereka berperang mati2an.. 1192 masihi baitul maqdis kembali menjadi pusat kecemerlangan islam.. namun.. hingga sekarang ia masih direbut oleh puak kuffar.. umat islam kene bersatu mempertahankannya!!
buku kedua is about pemerintahan kedua2 Umar.. iaitu Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz (cicit Umar Al-Khattab)… Memang cara pemerintahan mereka amat berbeza ngan pemerintahan sekarang.. ayat yg paling diingati yang keluar dari mulut Saidina Umar adalah “Jika rakyat aku kelaparan, aku lah orang yang pertama akan merasainya.. jika rakyat aku kekenyangan, aku lah orang yang terakhir akan menikmatinya”

3 comments:

  1. Salam Harsa.
    Ramai org Islam kat Malaysia yg tak pernah dgr nama Salahudin Al Ayubi tu. Ini kan pulak nak tahu sejarah dia. Ramai yg pernah dgr 'Perang Salib', tapi langsung tak tahu sejarah Perang tu. Sedih!

    ReplyDelete
  2. yep.. mmg sedih.. kekadang baru nak cerita pasal pahlawan islam.. dikatanya menghasut.. hehehe..

    Salahuddin Al-Ayubi mmg pahlawan Islam tersohor.. even Tentera Salib pun gerun akan hebatnya tentera Islam ketika itu.. cara Salahuddin Al-Ayubi berperang mengikut cara Rasulullah S.A.W.. keperibadiannya amat disenangi oleh pihak lawan yg berjaya ditawan.. subhanallah..

    ReplyDelete
  3. salam harsa ...

    best jugak naik train ...ada sama cam naik bas tak ?

    ReplyDelete